Keterlihatan AI

Adakah AI cadangkan bisnes anda?

Pelanggan tanya ChatGPT dan Google untuk senarai pendek sebelum WhatsApp sesiapa. Kami semak sama ada anda tersenarai, dalam BM dan English.

Contoh laporan. Bisnes dan nombor rekaan.

Dapur Contoh Catering, Shah Alam

Keterlihatan AI

15%

Disebut dalam 3 daripada 20 soalan pelanggan

Ikut pembantu AI

  • ChatGPT20%
  • Google AI Overviews10%
  • Gemini25%
  • Perplexity15%
  • Copilot5%
  • Claude15%

Siapa AI sebut selain anda

  1. Katering Seri Contoh70%
  2. Contoh Catering Sdn Bhd45%
  3. Dapur Contoh (anda)15%
  4. Nasi Minyak Contoh10%

Laman yang paling kerap AI petik

  1. Satu direktori perkahwinan9
  2. Satu artikel "katering terbaik"7
  3. Ulasan Google5
  4. Satu hantaran Lemon83

Soalan yang kami tanya

  • ENHalal wedding caterer in Shah Alam for 500 guestsTak disebut
  • BMKatering kahwin murah di Klang yang ada review bagusDisebut
  • ENBest nasi minyak caterer in SelangorTak disebut

Soalan sama. Bahasa lain. Nama lain.

"Mak andam terbaik di KL", ditanya di Perplexity dalam English dan BM, 12 Nov 2026.

Muncul dalam English tak bermakna muncul dalam BM. Kami semak kedua-duanya.

Apa yang kami baiki

  • Profil bisnes Google + ChatGPT
  • Tersenarai di tempat AI rujuk
  • Halaman yang menjawab soalan
  • Salinan teks yang AI paling mudah baca

Semak, baiki, pantau

  1. 2Baiki

    RM 1,500 sekali

    • Profil bisnes Google + ChatGPT
    • Senarai di tempat AI rujuk
    • Halaman jawapan BM dan English
    • Semak semula selepas 30 hari
    Tanya tentang Baiki
  2. 3Pantau

    RM 199 sebulan

    • Soalan sama setiap bulan
    • Siapa naik atau turun
    • Satu pembaikan baru sebulan
    Tanya tentang Pantau

Tiada siapa boleh jamin AI akan cadangkan anda. Kami hanya lapor apa yang kami betul-betul nampak.

Soalan

Pembantu AI mana yang anda semak?

ChatGPT, Google AI Overviews, Gemini, Perplexity, Copilot, Claude. Setiap satu menjawab dengan cara berbeza, jadi kami semak satu per satu.

Kenapa Bahasa Melayu juga?

Ramai pelanggan bertanya dalam BM dan jawapannya boleh berbeza sama sekali. Dalam ujian kami sendiri, soalan yang sama dalam English dan BM tidak menyebut satu pun bisnes yang sama.

Berapa lama semakan percuma?

Biasanya dalam 2 hari bekerja. Anda dapat laporan satu muka surat di WhatsApp.

Perlu ada laman web?

Sangat membantu, sebab AI hanya boleh petik apa yang wujud. Jika belum ada, kami boleh bina laman satu muka surat sebagai sebahagian pembaikan.

Ini cuma SEO?

Ada pertindihan. SEO yang baik ialah asasnya. Bezanya, AI petik segelintir sumber sahaja, jadi berada di direktori dan artikel yang betul lebih penting daripada ranking kata kunci.

Boleh claim bisnes saya di ChatGPT?

Boleh, bersama anda. Sejak November 2026 ChatGPT benarkan bisnes claim profil, kemas kini maklumat dan produk, dan lihat berapa kerap mereka disebut. Anda sahkan sebagai pemilik, kami set up dan pastikan ia terkini.

Profil Google dan ChatGPT ada bayaran?

Tidak. Kedua-duanya percuma daripada Google dan OpenAI, dan anda pemiliknya. Anda bayar kami hanya untuk kerja: set up dengan betul, tulis maklumat dalam BM dan English, dan pastikan ia terkini.

Anda buat untuk laman sendiri?

Ya. liftoff.my ada salinan teks biasa setiap halaman untuk AI, fail llms.txt, dan rekod crawler AI yang datang.

Boleh jamin hasil?

Tidak. Jawapan AI berubah setiap kali ditanya, dan AI masih bawa jauh lebih sedikit pelawat berbanding Google. Jika Google belum berkesan untuk anda, kami akan suruh baiki itu dulu.